Sunday, July 18, 2010

Menangis :'(


Hari ni msuk la hari ke 5 aku mnangis. Aku dpt rase yg aku xmgkin jd seceria dlu. Tubuh di sini..minda menerawang entah ke mana. Ibarat badan tanpa nyawa..hati tanpa jiwa, selayaknya menggambarkan diri aku sekarang. Tak tahan rasenye lagi..sekiranya sakaratulmaut dtg menjemput aku ketika ini, aku amat gembira menerima. Kata org, Tuhan akan menguji manusia sepadan dengan kemampuan mereka tapi kali ini aku rasakan sungguh besar ujianMu. Aku telah rebah kerana aku manusia lemah. Aku tidak tabah kerana aku hanya aku seorang menghadapinya. Aku akur kerana bertimpa ujianMu dtg menduga. Ingin sekali aku ceritakan semuanya pada sang ombak kerana manusia tidak lagi mendengar suaraku. Tatkala menulis bait-bait perkataan ini, mataku sudah jenuh mengalirkan air mata. Mereka hanya mampu berkata "Jangan menangis shahida, jangan menangis.." tapi aku mengerti mereka x mungkin merasai menjadi aku. Jika diberi peluang, hanya untuk seketika..aku mahu berlari ke pelukan mak menangis semahu-mahunya bercerita tentang semuanya agar mak mengusap rambutku, mencium dahiku dan membawaku pergi. Tapi di waktu ini aku sedar..aku sedar aku akan terus menangis lagi.

No comments:

Post a Comment