Wednesday, July 28, 2010

Hidup Saya Kosong...


Sejak mggu2 kemurungan yang lalu..rasanya saya bukan lagi seprti diri saya yang dahulu. Saya ketawa tapi tidak gembira. Mengapa ya? Tubuh saya masih disini tapi jiwa entah ke mana. Rasa begitu kosong sekali. Barangkali begini la rasa hidup tanpa nyawa ya. Menghirup nafas tapi tak pasti tujuannya untuk apa. Saya melangkah, jatuh dan menangis keseorangan di sebalik hilai tawa mereka. Buat mereka yg x pernah jemu menjadi bahu dan teman tatkala saya kesedihan, terima kasih saya ucapkan tapi biarlah kali ini beban ini dipikul sendiri. Sudah malu rasanya saya sering kali menyusahkan kalian. Perjalanan kali ini biarlah saya melangkah sendiri. Bukan! bukannya mementingkan diri sendiri tapi sanggupkah kalian bersama saya lagi yang rumit dalam kehidupannya? Sedangkan diri saya sendiri meronta minta dilepaskan dari kekusutan, bagaimana pula dgn kalian? sanggupkah kalian berkusut bersama saya? mungkin tidak. Acap kali saya berputus asa untuk hidup tp saya masih waras kerana tidak mengotakan dalam bentuk tindakan. Tetapi, jika saya rebah dalam melangkah kali ini, biarlah saya rebah seorang kerana jika kalian bersama saya, mungkin kalian juga akan berputus asa..

Sunday, July 18, 2010

Menangis :'(


Hari ni msuk la hari ke 5 aku mnangis. Aku dpt rase yg aku xmgkin jd seceria dlu. Tubuh di sini..minda menerawang entah ke mana. Ibarat badan tanpa nyawa..hati tanpa jiwa, selayaknya menggambarkan diri aku sekarang. Tak tahan rasenye lagi..sekiranya sakaratulmaut dtg menjemput aku ketika ini, aku amat gembira menerima. Kata org, Tuhan akan menguji manusia sepadan dengan kemampuan mereka tapi kali ini aku rasakan sungguh besar ujianMu. Aku telah rebah kerana aku manusia lemah. Aku tidak tabah kerana aku hanya aku seorang menghadapinya. Aku akur kerana bertimpa ujianMu dtg menduga. Ingin sekali aku ceritakan semuanya pada sang ombak kerana manusia tidak lagi mendengar suaraku. Tatkala menulis bait-bait perkataan ini, mataku sudah jenuh mengalirkan air mata. Mereka hanya mampu berkata "Jangan menangis shahida, jangan menangis.." tapi aku mengerti mereka x mungkin merasai menjadi aku. Jika diberi peluang, hanya untuk seketika..aku mahu berlari ke pelukan mak menangis semahu-mahunya bercerita tentang semuanya agar mak mengusap rambutku, mencium dahiku dan membawaku pergi. Tapi di waktu ini aku sedar..aku sedar aku akan terus menangis lagi.